“ Budi Abadi Harum Dalam
Seuntai Nama”
Tarikh : 28 Mei 2015
Hari :
Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SKPK
Pada Tarikh 28 Mei 2015 telah
berlangsungnya majlis persaraan Guru Perpustakaan Media (GPM) iaitu Puan Hajjah
Jaimah Bt Hussain. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa beliau sepannjang
berkhidmat di sekolah ini.
Aturcara
bermula dengan perarakan yang dirai ke Dewan Terbuka SKPK. Pelbagai aktiviti
telah dijalankan bagi meraikan beliau antaranya ialah tayangan montaj serta
bacaan biadata, persembahan “Pelangi Petang” dan “Di Mana Kan Ku Cari Ganti”
daripada kumpulan koir SKPK, penyampaian cenderahati daripada murid, guru dan AJK
PIBG.
Sebagai
simbolik persaraan, beliau diarak ke pejabat untuk “Punch Card” buat kali yang
terakhir untuk meraikan tamatnya perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Pada
akhir acara, sesi bersalam-salaman bersama murid dan guru sehinggalah kepada
perarakan kereta berhias. Kepulangan beliau diiringi oleh para guru SKPK
sehingga kerumah. Bagi meraikan guru yang bertungkus-lumus menjayakan
majlisnya, beliau telah mengadakan sedikit jamuan untuk para guru di rumahnya.
“Kami warga SKPK
mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajjah Jaimah bt Hussain”
No comments:
Post a Comment