Tarikh : 16 Mei 2015
Tempat : SK Padang Kemunting
Tema :Guru, Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting telah diadakan di dewan sekolah.Hari Guru diadakan bagi mengingati jasa bakti guru yang telah berpenat lelah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi memastikan para pelajarnya berjaya.
Sempena hari yang penuh bermakna itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bacaan perutusan sempena sambutan hari guru, nyanyian lagu 'Guru Malaysia' dan 'Biar Aku Menjadi Lilin', Acara Sukaneka bagi guru serta pelbagai lagi aktiviti lain.
No comments:
Post a Comment