Friday, 29 May 2015

Majlis Persaraan Puan Hajjah Jaimah Binti Hussain


Budi Abadi Harum Dalam Seuntai Nama”
Tarikh   : 28 Mei 2015
Hari      : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SKPK

Pada Tarikh 28 Mei 2015 telah berlangsungnya majlis persaraan Guru Perpustakaan Media (GPM) iaitu Puan Hajjah Jaimah Bt Hussain. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa beliau sepannjang berkhidmat di sekolah ini.

          Aturcara bermula dengan perarakan yang dirai ke Dewan Terbuka SKPK. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meraikan beliau antaranya ialah tayangan montaj serta bacaan biadata, persembahan “Pelangi Petang” dan “Di Mana Kan Ku Cari Ganti” daripada kumpulan koir SKPK, penyampaian cenderahati daripada murid, guru dan AJK PIBG.

          Sebagai simbolik persaraan, beliau diarak ke pejabat untuk “Punch Card” buat kali yang terakhir untuk meraikan tamatnya perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Pada akhir acara, sesi bersalam-salaman bersama murid dan guru sehinggalah kepada perarakan kereta berhias. Kepulangan beliau diiringi oleh para guru SKPK sehingga kerumah. Bagi meraikan guru yang bertungkus-lumus menjayakan majlisnya, beliau telah mengadakan sedikit jamuan untuk para guru di rumahnya.






Kami warga SKPK mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajjah Jaimah bt Hussain”

Sunday, 17 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU

Tarikh   : 16 Mei 2015
Tempat  : SK Padang Kemunting

Tema      :Guru, Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak


               Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting telah diadakan di dewan sekolah.Hari Guru diadakan bagi mengingati jasa bakti guru yang telah berpenat lelah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi memastikan para pelajarnya berjaya.

               Sempena hari yang penuh bermakna itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bacaan perutusan sempena sambutan  hari guru, nyanyian lagu  'Guru Malaysia' dan 'Biar Aku Menjadi Lilin', Acara Sukaneka bagi guru serta pelbagai lagi aktiviti lain.