Wednesday, 18 November 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015

Tarikh             :  17 November 2015
Hari                : Selasa
Tempat           : Dewan Terbuka SK Padang Kemunting

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 Nov 2015, Alhamdulillah SKPK berada ditempat ke 25 di Terengganu. Seramai 12 orang telah berjaya mendapat 5A. 


Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Kepada yang tidak berjaya ingatlah perjalanan masih jauh. Jadikanlah kegagalan pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.







TAHNIAH SKPK..... 

SKPK BOLEH.....


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Tarikh             :  16 November 2015
Hari                : Isnin
Tempat           : Dewan Terbuka SK Padang Kemunting

Pada 16 Nov 2015, SK Padang Kemunting telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai murid-murid yang telah berjaya di dalam pelajaran. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa , AJK PIBG dan telah dirasmikan oleh “Tn. Hj. Khairi Mohd Nor”, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
            Pelbagai Kategori bagi penerima hadiah antaranya Kedudukan murid dari no. 1-3, Terbaik Mata Pelajaran, Ketua dan Penolong Kelas, Murid Berpotensi Pemulihan, Cemerlang KAFA, Cemerlang UPKK dan Tokoh. Turut dimeriahkan dengan permulaan dengan Graduasi Pra.

            Majlis ini diakhiri dengan persembahan Dikir Barat Sekolah iaitu kumpulan Tabuh Sri Panglima. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua warga SKPK yang telah menjayakan majlis ini.






Friday, 13 November 2015

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh               : 12 November 2015
Hari                   : Khamis
Waktu               :8.00 hingga 12.45 tengahari
Tempat             : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Anjuran            : Panitia Agama Islam SKPK

Pada 12 Nov 2015, Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6. Seramai 13 orang murid telah diraikan di dalam majlis ini. Perasmian telah dirasmikan oleh Penolong PPD Pendidikan Islam Daerah Kuala Terengganu iaitu En. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Zin. 




         Akhir kata, Jawatankuasa Panitian Agama Islam mengucapkan ribuan terima kasih bagi semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Rasulullah SAW Bersabda:
“ Bacalah Al-Quran Kerana  Al-Quran Pada Hari Kiamat Akan Dating Memberi Syafaat (Pertolongan) Kepada Orang Yang Membacanya”

HR MUSLIM


Sunday, 11 October 2015

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Tarikh                  : 10 Oktober 2015
Hari                      : Sabtu
Tempat                 : Dataran Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Aktiviti                 : Senamrobik




Sunday, 4 October 2015

Kem Cemerlang Jawi

Tarikh                   : 2 -3 Oktober 2015
Hari                       : Jumaat dan Sabtu
Waktu                   : 7.30 hingga 4.30 petang
Tempat                  : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Anjuran                 : Panitia Agama Islam SKPK

Pada 2 dan 3 Okt 2015, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Kem Cemerlang Jawi bagi murid-murid yang tidak melepasi ujian diagnostik jawi. Seramai 112 orang murid telah menyertai kem ini.
          Terdapat tiga modul yang digunakan sepanjang berlangsungnya kem ini. Tiga modul tersebut adalah modul bacaan, modul tulisan, dan modul syafawi. Murid-murid yang gagal melepasi ujian post terpaksa menyertai Kem Cemerlang Jawi pada sesi seterusnya.
          Secara kesimpulannya, seramai 46 orang murid telah berjaya dalam ujian post yang dijalankan.









Monday, 31 August 2015

Sambutan Ambang Kemerdekaan 2015

                      Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Tarikh          : 23 Ogos 2015
Hari           : Ahad
Masa             : 7.45 pagi hingga 08.45 pagi      
Tempat           : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting

Antara tentatif program Pelancaran Bulan Kemerdekaan ialah:-
7.45 pagi           : Perhimpunan di Dataran Perhimpunan
: Nyanyian Lagu Negaraku
                     : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Penyelaras Program
: UcapanTuan  Guru Besar
: Gimik Pelancaran
: Simbolik Penyerahan Bendera
: Nyanyian Lagu Patriotik
: Doa Penutup



 
                Sambutan Ambang Merdeka
Tarikh            : 30 Ogos 2015
Hari              : Ahad
Masa          : 8.00 pagi hingga 12.45 tgh        
Tempat           : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting

Antara tentatif Sambutan Ambang Merdeka ialah:-
7.45 pagi              - Perarakan kontinjen / Kelas
- Nyanyian Negaraku
8.00 pagi              - Ucapan Pengerusi Majlis
                        - Bacaan Doa
-  Ucapan Penyelaras Program
                        - Ucapan Guru Besar/ PK KO
- Lagu Patriotik Kemerdekaan
- Simbolik Penyerahan Bendera
10.00pagi              - Jamuan murid dan guru
10.30 pagi             - Pertandingan mewarna (PPKI, PRA, Tahun 1 & 2)
                        - Reka Kreatif Merdeka
                        - Tulisan Berangkai ( Tahun 3 - 5)
12.00 tgh              - Majlis penyampaian hadiah
12.45 tgh              -  Bersurai








Sunday, 26 July 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Sekolah

Tarikh         : 25 Julai 2015
Hari            : Sabtu
Tempat        : Dewan Terbuka SKPK

Pada 25 Julai telah diadakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah.  Sambutan ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Sambutan dan Perayaan Sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah selingan nyanyian lagu raya, jamuan raya, pertandingan pakaian raya kreatif, agihan duit raya kepada semua pelajar serta aktiviti gotong-royong.








Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Maaf Zahir dan Batin....

Friday, 29 May 2015

Majlis Persaraan Puan Hajjah Jaimah Binti Hussain


Budi Abadi Harum Dalam Seuntai Nama”
Tarikh   : 28 Mei 2015
Hari      : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SKPK

Pada Tarikh 28 Mei 2015 telah berlangsungnya majlis persaraan Guru Perpustakaan Media (GPM) iaitu Puan Hajjah Jaimah Bt Hussain. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa beliau sepannjang berkhidmat di sekolah ini.

          Aturcara bermula dengan perarakan yang dirai ke Dewan Terbuka SKPK. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meraikan beliau antaranya ialah tayangan montaj serta bacaan biadata, persembahan “Pelangi Petang” dan “Di Mana Kan Ku Cari Ganti” daripada kumpulan koir SKPK, penyampaian cenderahati daripada murid, guru dan AJK PIBG.

          Sebagai simbolik persaraan, beliau diarak ke pejabat untuk “Punch Card” buat kali yang terakhir untuk meraikan tamatnya perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Pada akhir acara, sesi bersalam-salaman bersama murid dan guru sehinggalah kepada perarakan kereta berhias. Kepulangan beliau diiringi oleh para guru SKPK sehingga kerumah. Bagi meraikan guru yang bertungkus-lumus menjayakan majlisnya, beliau telah mengadakan sedikit jamuan untuk para guru di rumahnya.






Kami warga SKPK mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajjah Jaimah bt Hussain”

Sunday, 17 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU

Tarikh   : 16 Mei 2015
Tempat  : SK Padang Kemunting

Tema      :Guru, Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak


               Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting telah diadakan di dewan sekolah.Hari Guru diadakan bagi mengingati jasa bakti guru yang telah berpenat lelah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi memastikan para pelajarnya berjaya.

               Sempena hari yang penuh bermakna itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bacaan perutusan sempena sambutan  hari guru, nyanyian lagu  'Guru Malaysia' dan 'Biar Aku Menjadi Lilin', Acara Sukaneka bagi guru serta pelbagai lagi aktiviti lain.





                 


           
    










Sunday, 1 March 2015

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2015

Tarikh   : 1 Mac 2015
Tempat  : Dewan SK Padang Kemunting
Majlis Pelancaran Nilam telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Nilam merupakan satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid sekolah rendah dan menengah di samping mempelbagaikan aktiviti galakan membaca kreatif, inovatif dan berkesan. Program ini juga dapat menerapkan naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
Pelancaran Nilam telah diadakan pada 1 Mac 2015 pada  hari Ahad untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca dengan memberi ganjaran dan pengiktirafan bagi yang melebihi skala pencapaian yang telah ditetapkan.













Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan semangat dan  kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan bagi masa akan datang.


Monday, 16 February 2015

WATIKAH PENGAWAS, PRS, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA KELAS

WATIKAH PENGAWAS, PRS, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA KELAS

Tarikh             :           16 Februari 2015
Hari                :           Isnin
Masa               :           8.30 pagi
Lokasi             :          Dataran Ilmu
Perasmi           :          En. Abdul Rahman Emang Anyie
                                    (Pengarah JPJ Kuala Terengganu)

Anjuran           :          Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah
Aturcara Majlis

MASA
AKTIVITI

8.30 pagi
Bacaan Al-Fatehah
-       Nyanyian Lagu Negaraku
-       Lagu Negeri
-       Lagu Sekolah
Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan oleh tuan guru besar
Ucapan perasmian oleh Pengarah JPJ
Gimik perasmian
Penyerahan Watikah
Ikrar pengawas
Bacaan Doa











Majlis watikah ini berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung kerana turut sama menjayakan majlis ini dengan jayanya. Pihak sekolah juga berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas menjadi pemimpin yang bekaliber dan bertanggungjawab.
 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah  ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.
Semoga dengan perlantikan ini, semua pengawas yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah dengan sebaik-baiknya.

Thursday, 29 January 2015

PROGRAM MOTIVASI MINDA IBU BAPA PELAJAR TAHUN 4,5,6 2015

Tarikh           : 29 Januari 2015
Hari              : Khamis
Masa            : 9.30 pagi
Lokasi          : Dewan Terbuka SKPK
Perasmi        : Dr.(H) Wan Rozeb Wan Salleh
Anjuran        : Unit Bimbingan & Kaunseling SKPK

 Aturcara Majlis
 9.30 pagi       : Pendaftaran Ibu bapa
 10.00 pagi     : Ucapan pengerusi majlis
10.05 pagi      : Ucapan Tuan Guru Besar ( En. Ahmad bin Embong )
 11.00 pag      : Program “Motivasi Minda” Oleh Dr.(H) Wan Rozeb Wan Salleh
12.45 tgh        : Majlis Bersurai