Wednesday, 30 April 2014

MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

Tarikh : 30 April 2014
Tempat  : Dewan  SK Padang Kemunting

           Majlis Pelancaran Nilam Dan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Nilam merupakan satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid sekolah rendah dan menengah di samping mempelbagaikan aktiviti galakan membaca kreatif, inovatif dan berkesan. Program ini juga dapat menerapkan naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

          Pelancaran Nilam telah diadakan pada 30 April 2014 pada  hari Rabu untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca dengan memberi ganjaran dan pengiktirafan bagi yang melebihi skala pencapaian yang telah ditetapkan.









Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan semangat dan  kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan bagi masa akan datang.

No comments:

Post a Comment