Wednesday, 26 November 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR

Tarikh  : 26 November 2014
Tempat : SK Padang Kemunting

Keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada 26/11/2014. Tahniah diucapkan kepada  semua murid yang telah mendapat 5A. Bagi yang sebaliknya selamat maju jaya dan teruskan usaha anda pada peperikaan akan datang.
P/S  : Selamat memasuki alam persekolahan Menengah






Tuesday, 11 November 2014

PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA 2014

Tarikh : 9-11 November  2014
Tempat  : SK Padang Kemunting

           Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting telah mengadakan aktiviti KM1M  pada hari Ahad 9 November 2014 hingga 11 November2014. Sasaran murid bagi program ini ialah murid lepasan UPSR iaitu semua murid tahun 6 dan tahun 3 seramai 75 orang. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan  telah dijalankan. Antara aktiviti tersebut ialah jom membaca,bercerita ,mewarna  dan lain-lain lagi.











Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan semangat dan  kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan bagi masa akan datang.

Thursday, 28 August 2014

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

Bersempena 57 tahun kemerdekaan, SK Padang Kemunting telah mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan pada  28 Ogos 2014. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ucapan / Perutusan Kemerdekaan, Nyayian Lagu Negaraku dan Lagu Merdeka, Mendeklamasi sajak oleh wakil guru dan murid, Perarakan mengibar jalur gemilang, Pertandingan mewarna (PPKI, PRA & Tahap 1 ), Pertandingan melukis poster (Tahap 2) Penyampaian hadiah.



















             Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalammenjayakan program ini. Semoga dengan semangat dan  kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan bagi masa akan datang.



Wednesday, 30 April 2014

MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

Tarikh : 30 April 2014
Tempat  : Dewan  SK Padang Kemunting

           Majlis Pelancaran Nilam Dan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Nilam merupakan satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid sekolah rendah dan menengah di samping mempelbagaikan aktiviti galakan membaca kreatif, inovatif dan berkesan. Program ini juga dapat menerapkan naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

          Pelancaran Nilam telah diadakan pada 30 April 2014 pada  hari Rabu untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca dengan memberi ganjaran dan pengiktirafan bagi yang melebihi skala pencapaian yang telah ditetapkan.









Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan semangat dan  kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan bagi masa akan datang.

Wednesday, 12 February 2014

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Tarikh : 12 Februari 2014
Tempat : SK Padang Kemunting

Bersempena pelancaran Minggu Disiplin SK Padang Kemunting, Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Kelas telah diadakan. Majlis ini bertujuan mengiktiraf tugas pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas.  Pada, Jawatankuasa Disiplin bersama Pusat Sumber SK Padang. Program ini telah dirasmikan oleh En Azhar bin Mohd Nor, YDP PIBG SK Padang Kemunting.











            Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan dan berjalan lancar mengikut aturcara. Barisan pengawas yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu menjalankan tugas dengan baik, selain dapat menjadi contoh pelajar yang cemerlang dan berketrampilan dalam pelbagai aspek.