Wednesday, 18 November 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015

Tarikh             :  17 November 2015
Hari                : Selasa
Tempat           : Dewan Terbuka SK Padang Kemunting

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 Nov 2015, Alhamdulillah SKPK berada ditempat ke 25 di Terengganu. Seramai 12 orang telah berjaya mendapat 5A. 


Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Kepada yang tidak berjaya ingatlah perjalanan masih jauh. Jadikanlah kegagalan pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.







TAHNIAH SKPK..... 

SKPK BOLEH.....


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Tarikh             :  16 November 2015
Hari                : Isnin
Tempat           : Dewan Terbuka SK Padang Kemunting

Pada 16 Nov 2015, SK Padang Kemunting telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai murid-murid yang telah berjaya di dalam pelajaran. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa , AJK PIBG dan telah dirasmikan oleh “Tn. Hj. Khairi Mohd Nor”, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
            Pelbagai Kategori bagi penerima hadiah antaranya Kedudukan murid dari no. 1-3, Terbaik Mata Pelajaran, Ketua dan Penolong Kelas, Murid Berpotensi Pemulihan, Cemerlang KAFA, Cemerlang UPKK dan Tokoh. Turut dimeriahkan dengan permulaan dengan Graduasi Pra.

            Majlis ini diakhiri dengan persembahan Dikir Barat Sekolah iaitu kumpulan Tabuh Sri Panglima. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua warga SKPK yang telah menjayakan majlis ini.






Friday, 13 November 2015

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh               : 12 November 2015
Hari                   : Khamis
Waktu               :8.00 hingga 12.45 tengahari
Tempat             : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Anjuran            : Panitia Agama Islam SKPK

Pada 12 Nov 2015, Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6. Seramai 13 orang murid telah diraikan di dalam majlis ini. Perasmian telah dirasmikan oleh Penolong PPD Pendidikan Islam Daerah Kuala Terengganu iaitu En. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Zin. 




         Akhir kata, Jawatankuasa Panitian Agama Islam mengucapkan ribuan terima kasih bagi semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Rasulullah SAW Bersabda:
“ Bacalah Al-Quran Kerana  Al-Quran Pada Hari Kiamat Akan Dating Memberi Syafaat (Pertolongan) Kepada Orang Yang Membacanya”

HR MUSLIM