Tempat : Dewan SK Padang
Kemunting
Majlis
Pelancaran Nilam telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Nilam
merupakan satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca
dikalangan murid sekolah rendah dan menengah di samping mempelbagaikan aktiviti
galakan membaca kreatif, inovatif dan berkesan. Program ini juga dapat
menerapkan naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan.
Pelancaran Nilam telah diadakan pada 1 Mac 2015
pada hari Ahad untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca
dengan memberi ganjaran dan pengiktirafan bagi yang melebihi skala pencapaian
yang telah ditetapkan.
Tahniah
kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam
menjayakan program ini. Semoga dengan semangat dan kerjasama yang ada,
program seperti ini dapat diadakan bagi masa akan datang.