Tarikh
: 12 Februari 2014
Tempat
: SK Padang Kemunting
Bersempena pelancaran Minggu Disiplin SK
Padang Kemunting, Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas
PSS, Ketua dan Penolong Kelas telah diadakan. Majlis ini bertujuan mengiktiraf
tugas pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas. Pada, Jawatankuasa Disiplin bersama Pusat
Sumber SK Padang. Program ini telah dirasmikan oleh En Azhar bin Mohd Nor, YDP
PIBG SK Padang Kemunting.
Program ini berjaya dilaksanakan
seperti yang telah ditetapkan dan berjalan lancar mengikut aturcara. Barisan
pengawas yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu menjalankan
tugas dengan baik, selain dapat menjadi contoh pelajar yang cemerlang dan
berketrampilan dalam pelbagai aspek.