Wednesday, 18 November 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015

Tarikh             :  17 November 2015
Hari                : Selasa
Tempat           : Dewan Terbuka SK Padang Kemunting

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 Nov 2015, Alhamdulillah SKPK berada ditempat ke 25 di Terengganu. Seramai 12 orang telah berjaya mendapat 5A. 


Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Kepada yang tidak berjaya ingatlah perjalanan masih jauh. Jadikanlah kegagalan pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.







TAHNIAH SKPK..... 

SKPK BOLEH.....


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Tarikh             :  16 November 2015
Hari                : Isnin
Tempat           : Dewan Terbuka SK Padang Kemunting

Pada 16 Nov 2015, SK Padang Kemunting telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai murid-murid yang telah berjaya di dalam pelajaran. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa , AJK PIBG dan telah dirasmikan oleh “Tn. Hj. Khairi Mohd Nor”, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
            Pelbagai Kategori bagi penerima hadiah antaranya Kedudukan murid dari no. 1-3, Terbaik Mata Pelajaran, Ketua dan Penolong Kelas, Murid Berpotensi Pemulihan, Cemerlang KAFA, Cemerlang UPKK dan Tokoh. Turut dimeriahkan dengan permulaan dengan Graduasi Pra.

            Majlis ini diakhiri dengan persembahan Dikir Barat Sekolah iaitu kumpulan Tabuh Sri Panglima. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua warga SKPK yang telah menjayakan majlis ini.






Friday, 13 November 2015

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh               : 12 November 2015
Hari                   : Khamis
Waktu               :8.00 hingga 12.45 tengahari
Tempat             : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Anjuran            : Panitia Agama Islam SKPK

Pada 12 Nov 2015, Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6. Seramai 13 orang murid telah diraikan di dalam majlis ini. Perasmian telah dirasmikan oleh Penolong PPD Pendidikan Islam Daerah Kuala Terengganu iaitu En. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Zin. 




         Akhir kata, Jawatankuasa Panitian Agama Islam mengucapkan ribuan terima kasih bagi semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Rasulullah SAW Bersabda:
“ Bacalah Al-Quran Kerana  Al-Quran Pada Hari Kiamat Akan Dating Memberi Syafaat (Pertolongan) Kepada Orang Yang Membacanya”

HR MUSLIM


Sunday, 11 October 2015

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Tarikh                  : 10 Oktober 2015
Hari                      : Sabtu
Tempat                 : Dataran Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Aktiviti                 : Senamrobik




Sunday, 4 October 2015

Kem Cemerlang Jawi

Tarikh                   : 2 -3 Oktober 2015
Hari                       : Jumaat dan Sabtu
Waktu                   : 7.30 hingga 4.30 petang
Tempat                  : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
Anjuran                 : Panitia Agama Islam SKPK

Pada 2 dan 3 Okt 2015, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Kem Cemerlang Jawi bagi murid-murid yang tidak melepasi ujian diagnostik jawi. Seramai 112 orang murid telah menyertai kem ini.
          Terdapat tiga modul yang digunakan sepanjang berlangsungnya kem ini. Tiga modul tersebut adalah modul bacaan, modul tulisan, dan modul syafawi. Murid-murid yang gagal melepasi ujian post terpaksa menyertai Kem Cemerlang Jawi pada sesi seterusnya.
          Secara kesimpulannya, seramai 46 orang murid telah berjaya dalam ujian post yang dijalankan.









Monday, 31 August 2015

Sambutan Ambang Kemerdekaan 2015

                      Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Tarikh          : 23 Ogos 2015
Hari           : Ahad
Masa             : 7.45 pagi hingga 08.45 pagi      
Tempat           : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting

Antara tentatif program Pelancaran Bulan Kemerdekaan ialah:-
7.45 pagi           : Perhimpunan di Dataran Perhimpunan
: Nyanyian Lagu Negaraku
                     : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Penyelaras Program
: UcapanTuan  Guru Besar
: Gimik Pelancaran
: Simbolik Penyerahan Bendera
: Nyanyian Lagu Patriotik
: Doa Penutup



 
                Sambutan Ambang Merdeka
Tarikh            : 30 Ogos 2015
Hari              : Ahad
Masa          : 8.00 pagi hingga 12.45 tgh        
Tempat           : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting

Antara tentatif Sambutan Ambang Merdeka ialah:-
7.45 pagi              - Perarakan kontinjen / Kelas
- Nyanyian Negaraku
8.00 pagi              - Ucapan Pengerusi Majlis
                        - Bacaan Doa
-  Ucapan Penyelaras Program
                        - Ucapan Guru Besar/ PK KO
- Lagu Patriotik Kemerdekaan
- Simbolik Penyerahan Bendera
10.00pagi              - Jamuan murid dan guru
10.30 pagi             - Pertandingan mewarna (PPKI, PRA, Tahun 1 & 2)
                        - Reka Kreatif Merdeka
                        - Tulisan Berangkai ( Tahun 3 - 5)
12.00 tgh              - Majlis penyampaian hadiah
12.45 tgh              -  Bersurai








Sunday, 26 July 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Sekolah

Tarikh         : 25 Julai 2015
Hari            : Sabtu
Tempat        : Dewan Terbuka SKPK

Pada 25 Julai telah diadakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah.  Sambutan ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Sambutan dan Perayaan Sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah selingan nyanyian lagu raya, jamuan raya, pertandingan pakaian raya kreatif, agihan duit raya kepada semua pelajar serta aktiviti gotong-royong.








Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Maaf Zahir dan Batin....